7 Mei 2017 - 13:38
Dua Terbunuh Letupan Bom Di Manila

Dua letupan bom menyebabkan dua terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya enam lagi semalam, lapor CNN.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua letupan bom menyebabkan dua terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya enam lagi semalam, lapor CNN.

Ketua Ibu Pejabat Polis Negeri, Oscar Albayalde mengesahkan letupan tersebut berlaku di daerah Quiapo dan tidak menemui sebarang petunjuk keganasan.

“Letupan pertama di dalam sebuah kotak kecil yang dihantar sebagai pakej, dalam kedua-dua kejadian, dua mangsa yang maut dipercayai orang yang menyampaikan pakej tersebut beserta dengan penerima, empat orang lagi cedera.

“Manakala dalam letupan kedua yang berlaku beberapa jam selepas itu, mencederakan dua pegawai polis,” katanya kepada pemberita.

Pengeboman tersebut dipercayai ada kaitan dengan puncak persidangan Persatuan Negara-Negara Asean di mana ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kebudayaan di rantau ini.

Pihak polis bagaimanapun menolak kemungkinan serangan ini bermotifkan keganasan untuk mengancam persidangan tersebut. -Sinar Harian